Kerajaan perkukuh kerjasama dengan komuniti profesional hadapi era AI
2026-07-16 HaiPress

Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,16 Julai- Kerajaan akan terus memperkukuh kerjasama dengan komuniti profesional bagi membangunkan bakat dan meningkatkan kesiapsiagaan tenaga profesional dalam mendepani era kecerdasan buatan (AI),kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Kerajaan menghargai peranan komuniti profesional sebagai rakan strategik dalam memperkukuh daya saing negara,memacu inovasi dan menjayakan agenda MADANI demi kesejahteraan rakyat,” katanya.
Beliau turut menerima jemputan menghadiri Hari Ikhtisas Malaysia yang mengiktiraf sumbangan golongan profesional kepada pembangunan negara.
Perdana Menteri berkata beliau berharap kerjasama erat antara kerajaan dan komuniti profesional akan terus diperkukuh bagi melahirkan lebih ramai bakat yang berintegriti,berdaya saing serta mampu memimpin Malaysia pada masa hadapan.
“Mudah-mudahan kerjasama erat antara kerajaan dan komuniti profesional akan terus diperkukuh demi melahirkan lebih ramai bakat yang berintegriti,berdaya saing dan memimpin Malaysia ke hadapan,” katanya.