Kesedaran kanser sarkoma di Kelantan perlu dipertingkat
2026-04-30 HaiPress

Majlis Perasmian Sarcoma Symposium 2026 di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II)
KOTA BHARU,30 April – Tahap kesedaran masyarakat terhadap kanser sarkoma di Kelantan masih perlu dipertingkatkan bagi memastikan penyakit itu dapat dikesan lebih awal sebelum merebak ke tahap serius.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Perasmian Sarcoma Symposium 2026 di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II),di sini.
Bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini,sebanyak lima kes kanser sarkoma direkodkan di Kelantan.
Tahun lalu,HRPZ II melaksanakan 133 pembedahan berkaitan sarkoma termasuk satu kes membabitkan kanak-kanak berusia empat tahun yang menghidap kanser tulang osteosarkoma.
Pesakit berkenaan,Nik Muhammad Hazim Fayyadh Nik Mohamad Hafizul,mencipta sejarah sebagai pesakit kanak-kanak pertama di Malaysia menjalani pembedahan menggunakan teknik liquid nitrogen.
Sarkoma merupakan sejenis kanser yang berpunca daripada tisu penyambung badan seperti otot,lemak,saraf,saluran darah,tendon serta lapisan tulang sendi.