Peruntukan rawatan penyakit jarang jumpa dinaikkan kepada RM42 juta – KKM
2026-07-28 HaiPress

Timbalan Menteri Kesihatan,Datuk Hanifah Hajar Taib/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,28 Julai – Kementerian Kesihatan (KKM) meningkatkan peruntukan tahunan bagi pembiayaan kos perubatan dan rawatan penyakit jarang jumpa (rare diseases) kepada RM42 juta pada tahun ini berbanding RM25 juta yang disediakan pada 2024.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau menjawab soalan Senator Isaiah a/l D. Jacob,mengenai langkah-langkah kerajaan dalam memperkukuh dasar,pembiayaan dan rawatan bagi pesakit penyakit jarang jumpa di negara ini.
Mengulas lanjut mengenai fasiliti diagnostik genetik,Datuk Hanifah memaklumkan,selain Pusat Rujukan Genetik Kebangsaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL),KKM telah memperluas perkhidmatan rujukan ke Hospital Pulau Pinang sejak 2019 bagi menampung keperluan zon utara.
“Diagnosis genetik menuntut kos yang amat tinggi,di mana kita turut memohon bantuan fasiliti antarabangsa bagi mengesahkan kes-kes tertentu.
“KKM akan terus memperluas kerjasama antarabangsa bagi menggalakkan perkongsian maklumat mengenai pengesahan penyakit dan kaedah rawatan terkini,” katanya.