Close

SPM 2025 di Kelantan: 421 calon raih semua A, GPN bertambah baik kepada 4.60

2026-03-31 HaiPress

Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan,Siti Norina Muhamad

KOTA BAHRU,31 Mac– Seramai 421 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Kelantan berjaya memperoleh semua A dalam mata pelajaran yang diambil,dengan 11 calon meraih semua A+.

RINGKASAN BERITA AI

“Keadaan ini membuktikan keberkesanan pelbagai inisiatif serta intervensi yang dilaksanakan oleh KPM bersama pihak berkepentingan,” katanya pada sidang media di Majlis Pengumuman Rasmi Keputusan SPM 2025 Kelantan di pejabat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan,di sini,hari ini.

Mengulas lanjut,seramai 19,727 calon sekolah kerajaan layak dianugerahkan sijil SPM pada 2025,iaitu 96.27 peratus,berbanding 19,111 calon atau 95.99 peratus pada tahun 2024. Pencapaian tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 616 orang atau 0.28 peratus.

JPN Kelantan turut memberi tumpuan kepada usaha merapatkan jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar melalui pelbagai inisiatif.

Antara sekolah luar bandar yang mencatatkan peningkatan memberangsangkan dalam keputusan SPM ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Dangar,Pasir Mas serta SMK Sungai Petai,Pasir Puteh.

Kelantan turut merekodkan Gred Purata Negeri (GPN) sebanyak 4.60 mata bagi SPM 2025 berbanding 4.62 mata pada SPM 2024,sekali gus menunjukkan peningkatan prestasi sebanyak 0.02 mata.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap