Kebakaran kapal kargo, lima kru cedera
2026-03-25 HaiPress

Foto Maritim Malaysia
KOTA TINGGI,25 Mac– Tindakan pantas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menyelamatkan lima anak kapal warga Thailand dalam satu operasi pemindahan perubatan selepas kapal kargo yang mereka naiki mengalami kebakaran di bahagian rumah masak pada pagi semalam.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Kesemua lima kru lelaki berusia antara 25 hingga 61 tahun itu mengalami kecederaan melecur dengan sebahagian daripadanya dikategorikan sebagai serius.
“Maritim Malaysia telah menjalankan penilaian awal di lokasi sebelum melaksanakan operasi bagi membawa kesemua mangsa ke daratan untuk mendapatkan rawatan lanjut,” ujar beliau.
Tambahnya,Maritim Malaysia akan terus komited dalam memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara serta memberi bantuan segera kepada komuniti maritim yang memerlukan.