Laporan polis tetap diambil walau apa jua pakaian pengadu
2025-12-11 HaiPress

Foto Hiasan / BERNAMA
PUTRAJAYA,11 Disember - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetap bertanggungjawab menerima sebarang laporan orang awam tanpa mengira pakaian atau keadaan individu yang hadir ke balai.
Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan,meskipun garis panduan berpakaian sopan di pejabat kerajaan masih berkuat kuasa,ia tidak boleh menghalang tugas asas polis untuk membantu masyarakat.
"Tugas utama pasukan polis adalah menerima laporan. Dalam apa juga keadaan sekali pun,laporan tetap perlu diterima tanpa sebarang alasan atau kompromi," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri,di sini.
Datuk Seri Saifuddin turut menjelaskan,pekeliling berkaitan pakaian sopan kekal sebagai panduan kerajaan,namun urusan keselamatan dan kecemasan perlu diberi keutamaan mengatasi peraturan berkenaan.
Dalam keadaan seperti kemalangan atau insiden kecemasan lain,keperluan membuat laporan dengan segera jauh lebih penting berbanding mempersoalkan pakaian yang dipakai pengadu.