Close

MKN cadang pembinaan tembok, tangani isu pencerobohan

2025-08-14 HaiPress

Pembinaan tembok memperkukuh keupayaan pemantauan,pencegahan dan penguatkuasaan di kawasan sempadan/Foto Bernama

KUALA LUMPUR,13 Ogos - Majlis Keselamatan Negara (MKN) mencadangkan pelaksanaan projek pembinaan tembok dan jajaran jalan keselamatan sejauh 5 kilometer di kedua-dua arah membabitkan Kompleks Imigresen,Kastam,Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) sedia ada yang telah dikenal pasti di Sarawak

Jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan),Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa ia sebagai memperkukuh keupayaan pemantauan,pencegahan dan penguatkuasaan di kawasan sempadan secara lebih bersepadu

Selain bertujuan menutup laluan tikus dan haram yang sering digunakan untuk penyeludupan serta kemasukan pendatang asing tanpa izin

''MKN sebagai penyelaras projek pembangunan sempadan Sabah dan Sarawak telah mengambil pendekatan proaktif menulis sesi libat urus dengan pihak berkepentingan bagi merangka dasar pembangunan dan keselamatan yang komprehensif ini.

"Ia susulan pengumuman Perdana Menteri pada 19 Januari 2023,iaitu kerajaan telah memperuntukkan RM1 billion bagi projek pembangunan di sempadan Sabah dan Sarawak.

''Termasuk,penyediaan infrastruktur asas kemudahan keselamatan dan juga aktiviti ekonomi," katanya.

Beliau menjawab soalan yang dikemukan oleh Ahli Parlimen Lubok Antu,Roy Angau anak Gingkoi di Parlimen

Tambah Zaliha lagi.. pembangunan infrastruktur keselamatan ini akan dilaksanakan secara cepat dan terperinci melalui penyelarasan MKN bersama agensi berkaitan termasuk penambahbaikan kemudahan akses keluar masuk pos kawalan keselamatan serta fasiliti keselamatan yang lain

pada masa sama,Kerajaan juga sedia mempertimbang pembinaan pos keselamatan serta pemasangan pagar atau tembok keselamatan bagi memperkukuhkan kawalan keselamatan di sempadan di sarawak dengan kalimantan; susulan tanda-tanda pencerobohan bagi kawasan tersebut telah dikesan.##

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap