Close

Jawatankuasa khas siasat semula kematian pelatih Palapes UTM

2025-08-12 HaiPress

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,12 Ogos - Sebuah jawatankuasa khas yang dianggotai Kementerian Pertahanan,Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kesihatan ditubuhkan bagi menyiasat semula kematian Syamsul Haris Shamsuddin,pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata,langkah itu diambil susulan rasa tidak puas hati yang dibangkitkan oleh keluarga Allahyarham berhubung laporan awal kematian dan memohon supaya siasatan lanjut dilakukan.

"Semalam,saya pergi melawat keluarga Allahyarham dan mendengar sendiri daripada ibu mangsa yang menceritakan keadaan anaknya. Beliau memohon secara rasmi supaya siasatan dijalankan semula dan saya sudah memaklumkan perkara itu kepada Peguam Negara," katanya semasa persidangan Dewan Rakyat.

Menurut Zambry,jawatankuasa khas itu ditubuhkan bagi memastikan laporan lengkap dapat disediakan segera.

Hasil siasatan dijangka diketahui dalam tempoh terdekat.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap