Close

Thailand dan Kemboja beri isyarat positif selesai pertikaian di meja rundingan

2025-07-25 HaiPress

Datuk Seri Anwar Ibrahim menghubungi Perdana Menteri Kerajaan Kemboja Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Kerajaan Thailand Phumtham Wechayachai

KUALA LUMPUR,24 Julai - Pemimpin utama Thailand dan Kemboja memberi isyarat positif dalam mempertimbangkan pelaksanaan gencatan senjata bagi mengelakkan konflik yang lebih buruk di sempadan kedua-dua negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,beliau telah menghubungi Perdana Menteri Kemboja Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai petang Khamis bagi menyuarakan kebimbangan Malaysia terhadap peningkatan ketegangan yang berlaku.


“Dalam perbualan tersebut,atas kapasiti Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025,saya merayu kepada kedua-dua pemimpin agar segera melaksanakan gencatan senjata bagi mengelakkan konflik yang lebih buruk serta membuka ruang untuk dialog damai dan penyelesaian secara diplomatik.

“Saya menyambut baik isyarat positif dan kesediaan yang ditunjukkan Bangkok dan Phnom Penh dalam mempertimbangkan perkara ini,” katanya menerusi satu catatan di Facebook.

Beliau turut menyatakan Malaysia juga bersedia untuk membantu dan memudahkan proses ini atas semangat perpaduan ASEAN dan tanggungjawab bersama.

“Saya amat yakin bahawa kekuatan ASEAN terletak pada solidaritinya,dan keamanan mesti sentiasa menjadi pilihan kolektif kita yang tidak berbelah-bahagi,” katanya.

Terdahulu,Datuk Seri Anwar menggesa ketegangan berhubung pertikaian sempadan antara Thailand dan kemboja diselesaikan secara aman di meja rundingan.

Beliau menyifatkan konflik terbaharu negara berkenaan sebagai amat membimbangkan dan berharap dapat berbincang dengan pemimpin kedua-dua negara bagi menzahirkan pandangannya secara terus.

Media melaporkan,tentera Thailand dan Kemboja bertempur pada Khamis di kawasan pertikaian sempadan bersama,dengan kedua-dua pihak saling menuduh sebagai pencetus konfrontasi terbaharu itu.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap