Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
2026-04-16 HaiPress

FOTO HIASAN
SHAH ALAM,16 April – Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM130.42 juta bagi melaksanakan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa Satu susulan kesan krisis tenaga global akibat ketegangan di Asia Barat.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Di samping itu,bantuan RM30 sebulan bagi penggunaan pengangkutan awam juga disediakan bagi meringankan beban rakyat,” katanya dalam sidang media di sini,hari ini.
Dalam perkembangan sama,Datuk Seri Amirudin berkata inisiatif sarapan percuma di 873 sekolah akan dilaksanakan bermula Ogos ini sebagai sebahagian usaha membantu meringankan kos sara hidup keluarga.
Tambah beliau,kerajaan negeri turut menyediakan bantuan kepada pesawah,nelayan,petani serta peniaga kecil bagi menampung peningkatan kos operasi susulan keadaan ekonomi semasa.