Close

SPRM teliti LKAN 2/2025, fokus kelemahan tatakelola, potensi salah laku agensi, GLC

2025-07-24 HaiPress

Foto Fail

PUTRAJAYA,24 Julai – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneliti secara menyeluruh Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2025 yang dibentangkan di Parlimen baru-baru ini,khususnya melibatkan isu kelemahan tatakelola dan potensi salah laku dalam agensi kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan SPRM,penelitian akan turut merangkumi tindakan susulan terhadap sebarang isu yang mempunyai elemen kesalahan jenayah di bawah Akta SPRM 2009 (Akta 694),dan tidak hanya tertumpu kepada aspek tatakelola semata-mata.

Bagi tujuan siasatan lanjut,SPRM juga akan bekerjasama rapat dengan Jabatan Audit Negara (JAN) dalam mendapatkan maklumat dan dokumen sokongan berkaitan.

SPRM akan kekal komited dalam menangani sebarang dakwaan salah guna kuasa,penyelewengan serta rasuah dengan tegas dan telus,demi memperkukuh tadbir urus negara serta mengembalikan keyakinan rakyat terhadap integriti institusi awam.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap