Close

Bursa Malaysia catat penyusutan, faktor ketiadaan pemangkin baharu

2025-06-20 IDOPRESS

Foto Fail

KUALA LUMPUR,20 Jun- Bursa Malaysia susut pada sesi dagangan awal Jumaat berikutan ketiadaan pemangkin baharu selain pasaran Wall Street yang tidak beroperasi semalam,kata penganalisis.

Pada pukul 9.06 pagi,indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut sebanyak 0.79 mata kepada 1,500.65 daripada paras penutup 1,501.44,semalam.

Indeks utama itu dibuka turun 0.50 mata kepada 1,500.94.

Sentimen pasaran secara meluas adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 118 berbanding 68,sebanyak 192 kaunter tidak berubah,2,046 tidak diniagakan dan 25 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 56.66 juta saham bernilai RM24.34 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd,Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup semalam sempena cuti umum ketika peniaga menumpukan penglibatan Amerika Syarikat (AS) dalam konflik di Timur Tengah membabitkan Israel dan Iran yang turut menyaksikan hasil Perbendaharaan 10 tahun AS susut kepada 4.39 peratus.

Di Hong Kong,Indeks Hang Seng (HSI) mencatat kejatuhan ketara berikutan kebimbangan berlakunya inflasi yang didorong oleh tarif tinggi serta konflik di Timur Tengah.

Perkembangan itu turut menjejaskan bekalan minyak mentah global selain berupaya mendorong tekanan inflasi.

Di peringkat tempatan,FBM KLCI ditutup melepasi paras 1,500 semalam,susulan jualan berterusan oleh pelabur asing.

“Namun begitu,kami menjangkakan pelabur akan mula mengumpul saham wajaran tinggi sekiranya indeks di bawah paras 1,500 iaitu paras sokongan sekitar 1,480,” katanya kepada Bernama.

Bagi saham wajaran tinggi,Maybank menokok 2.0 sen kepada RM9.62,Tenaga Nasional turun 4.0 sen kepada RM14.18,CIMB naik 1.0 sen kepada RM6.59 manakala Public Bank,IHH Healthcare dan CelcomDigi kekal tidak berubah pada RM4.19,RM6.85 dan RM3.82.

Saham paling aktif menyaksikan Velesto Energy kekal pada 18.5 sen,Magma susut setengah sen kepada 46 sen,Pavilion REIT turun 6.0 sen kepada RM1.48,Aizo turun setengah sen kepada 8.0 sen dan Dataprep naik setengah sen kepada 12 sen.

Di papan indeks pula,Indeks FBM Emas turun 7.90 mata kepada 11,215.84,Indeks FBMT 100 berkurangan 7.68 mata kepada 10,996.32 dan Indeks FBM Emas Syariah susut 15.09 mata kepada 11,217.80.

Indeks FBM 70 turun 18.82 mata kepada 16,074.63 dan Indeks FBM ACE merosot 24.59 mata kepada 4,390.46.

Prestasi sektor menyaksikan Indeks Perladangan susut 4.34 mata kepada 7,214.27,Indeks Tenaga turun 0.71 mata kepada 738.94,Indeks Perkhidmatan Kewangan sebaliknya naik 19.36 mata kepada 17,349.51 namun Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.20 mata kepada 148.04.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap