Close

FMM cadang tiga langkah strategik tangani kesan tarif AS

2025-04-07 HaiPress

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,4 April-Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia,FMM mencadangkan beberapa langkah strategik bagi memastikan aliran perdagangan negara kekal lancar dan daya saing industri tidak terjejas susulan pengenaan tarif oleh Amerika Syarikat pada Khamis.

Presidennya,Tan Sri Soh Thian Lai menerusi kenyataan berkata,sebanyak tiga langkah utama diperlukan bagi menangani kesan tarif tersebut.

Pertama,rundingan diplomatik dengan Amerika Syarikat melalui Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI) perlu diperkukuh.

Kedua,Malaysia juga perlu mengemukakan bukti komitmen terhadap perdagangan bebas.

Ketiga,Malaysia perlu mengukuhkan kerjasama ekonomi dan keselamatan dengan Amerika Syarikat melalui rangka kerja seperti Perjanjian Rangka Kerja Perdagangan dan Pelaburan (TIFA).

“Kerajaan dan industri perlu mengambil tindakan tegas dan strategik untuk melindungi eksport Malaysia serta memastikan daya saing industri tempatan tidak terjejas dalam jangka panjang,” katanya.

Tambah beliau,pendekatan yang proaktif dan inklusif akan membantu Malaysia mengekalkan kedudukannya sebagai destinasi perdagangan dan pelaburan yang dipercayai di peringkat global.

Rabu lepas,Presiden Amerika Syarikat,Donald Trump mengenakantarif timbal balik 24 peratus ke atas import dari Malaysia dalam gelombang perang perdagangan global.

Trump berkata langkah itu diambil kerana terdapat ketidakseimbangan dalam hubungan perdagangan dua hala AS,termasuk kadar tarif yang berbeza,sekatan bukan tarif,serta dasar ekonomi negara-negara rakan dagang yang didakwa menekan gaji domestik dan penggunaan dalam negara.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap