Close

Nahas KM204: Polis temukan rim besi dipercayai milik tayar lori punca kemalangan

2025-01-06 IDOPRESS

Rim besi yang ditemukan di pusat pelupusan sampah di Jalan Solok,Tangkak,Johor

ALOR GAJAH,5 Januari-Komponen rim besi dipercayai berasal daripada tayar lori yang menjadi punca kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya PLUS arah utara pada 23 Disember lepas berjaya ditemui.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt. Ashari Abu Samah berkata komponen tersebut dikenal pasti semalam di pusat pelupusan sampah di Jalan Solok,Johor.

Menurut beliau,rim besi berkenaan telah diserahkan oleh pihak subkontraktor PROPEL (Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad) kepada polis.

Satu laporan rampasan juga telah dibuat. Komponen tersebut akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk siasatan lanjut,.

Terdahulu media melaporkan polis sedang giat mengesan tayar yang dipercayai menjadi punca kemalangan berkenaan.

Siasatan awal mendapati,bas persiaran telah melanggar tayar lori yang tercabut di lorong tengah,menyebabkan ia hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan tiga kenderaan lain.

Kejadian mengakibatkan lima penumpang MPV serta pemandu dan seorang penumpang bas berkenaan meninggal dunia.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap