Close

Jumlah kes autisme meningkat, KPWKM jalankan kajian bersama pakar

2024-11-18 HaiPress

Gambar fail anak-anak autisme/Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,18 November – Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang giat menjalankan kajian mengenai peningkatan jumlah kes autisme di negara ini dengan kerjasama pakar-pakar berkaitan.

Menterinya,Datuk Seri Nancy Shukri,berkata usaha ini penting memandangkan spektrum autisme adalah luas dan memerlukan pendekatan khusus bergantung kepada keperluan individu yang terlibat.

“Pada masa ini,kami sedang mengkaji perkara ini kerana autisme tidak menentu spektrumnya agak luas (berbeza-beza). Keperluan untuk mereka bergerak maju sangat bergantung kepada tahap spektrum yang mereka hadapi,dan hanya pakar yang boleh menentukan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Onn Abu Bakar (Batu Pahat) di Dewan Rakyat hari ini.

Onn Abu bertanya adakah peningkatan statistik kanak-kanak autisme setiap tahun dikaitkan dengan faktor genetik atau gaya hidup ibu bapa.

Beliau turut menekankan kerjasama rapat dengan pakar-pakar diperlukan bagi memastikan kementerian dapat mengenal pasti langkah yang sesuai untuk memenuhi keperluan golongan ini.

“Namun,kita akui bahawa negara masih belum mempunyai kepakaran mencukupi dalam bidang ini. Pada masa ini,kita ada seramai 498 ahli terapi pertuturan bahasa berdaftar serta ahli terapi cara kerja seramai 2,473 berdaftar di seluruh negara,” tambahnya.

Oleh itu,katanya,pembangunan ekosistem lebih menyeluruh perlu dilaksanakan dalam memperkukuh sokongan kepada kanak-kanak autisme di negara ini.

"Kementerian sedang melaksanakan modul asuhan dan jagaan khusus untuk kanak-kanak autisme,yang dijangka dilancarkan sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak akan datang," katanya.

Selain itu,perkhidmatan institusi juga perlu dilihat lagi dan dikaji semula dalam memberi asuhan yang sesuai untuk golongan itu.

"Selari itu juga peranan badan mengawal selia amalan juruterapi ini juga boleh diperkembangkan bagi meningkatkan kualiti dan kepercayaan orang awam terhadap perkhidmatan disediakan profesional dalam bidang ini," katanya.

Terdahulu,Nancy berkata seramai 65,191 Orang Kurang Upaya (OKU) masalah pembelajaran bagi kategori autisme berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),setakat Oktober lalu.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap