Close

Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terjejas banjir di Valencia, Sepanyol

2024-11-04 HaiPress

Wisma Putra

PUTRAJAYA,4 November - Kementerian Luar hari ini mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia terjejas secara langsung akibat banjir yang melanda Valencia dan kawasan sekitarnya di Sepanyol sejak 29 Oktober lalu.

Dalam nasihat terkininya,kementerian turut menasihati rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas agar terus berwaspada dan mematuhi arahan serta nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Kementerian Luar akan terus memantau situasi ini dengan teliti dan memberikan maklumat terkini bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia di rantau itu,” menurut kenyataan itu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan diminta agar sentiasa berhubung rapat dengan pihak kedutaan serta digalakkan untuk mendaftar kehadiran mereka melalui platform E-Konsular di https://ekonsular.kln.gov.my/ bagi mendapatkan maklumat dan bantuan.

Bagi bantuan konsul,rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Madrid di Ave. de los Madroños 63B,28043 Madrid,melalui telefon di talian +34659894943 (24 jam) atau melalui e-mel di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Lebih 200 orang dilaporkan terkorban dalam bencana banjir yang disifatkan sebagai yang terburuk di Sepanyol dalam beberapa dekad.

Pasukan penyelamat terus menjalankan operasi di tempat letak kereta bawah tanah dan terowong dalam usaha mencari mangsa yang terselamat serta mengeluarkan mayat,menurut laporan media.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap