Close

Gara-gara telefon, kereta rempuh kedai

2024-09-25 HaiPress

Tangkap layar video ihsan orang awam yang menunjukkan sebahagian kedai musnah selepas dirempuh kereta

LANGKAWI,24 September- Gara-gara mahu mengambil telefon yang terjatuh di bahagian kaki,seorang lelaki merempuh lot kedai di laluan pejalan kaki di Jalan Pantai Chenang,Langkawi.

Bagaimanapun,tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Polis Daerah Langkawi,ACP Shariman Ashaari menerusi kenyataan menyebut dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam,seorang lelaki tempatan berumur 23 tahun itu pada mulanya cuba mengambil telefon bimbit yang terjatuh di bahagian kaki.

Namun mangsa tertekan pedal minyak sehingga merempuh lot kedai di tepi jalan.

Kes disiasat bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap