Close

Persekitaran perniagaan negara dijangka terus galak pada suku ketiga

2024-08-27 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,27 Ogos- Persekitaran perniagaan di negara ini dijangka terus menggalakkan bagi suku ketiga 2024.

Menerusi kenyataan Statistik Kecenderungan Perniagaan,Ketua Perangkawan Malaysia,Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata ia berdasarkan petunjuk keyakinan positif yang meningkat 4.7 peratus,daripada 0.7 peratus dicatatkan pada suku sebelumnya.

Jelasnya,semua sektor menjangkakan perspektif perniagaan lebih cerah.

"Sentimen peniaga dalam sektor industri kekal menggalakkan dengan peningkatan 4.1 peratus,didorong keyakinan positif daripada empat subsektor.

"Sektor perkhidmatan dan pembinaan bertukar positif berbanding suku sebelumnya masing-masing naik 8.3 peratus dan 2.2 peratus.

"Meski optimis terhadap sektor perdagangan borong dan runcit,peniaga kecil dan sederhana kekal waspada dengan persaingan berterusan,termasuk persaingan jualan dalam talian.

"Peniaga turut menjangkakan persekitaran perniagaan menggalakkan bagi separuh kedua 2024,dengan imbangan bersih naik 23.5 peratus berbanding 14.9 peratus dicatatkan untuk tempoh April hingga September 2024," katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap