Close

Perbincangan FTA GCC diteruskan

2024-08-23 berita.rtm.gov.my HaiPress

Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

NEW DELHI,23 Ogos - Malaysia akan meneruskan perbincangan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan memuktamadkan perjanjian dua hala dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada akhir tahun ini.

Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata Malaysia menyasar menjalin FTA dengan enam anggota GCC sebagai satu blok serta perjanjian dua hala di Asia Barat untuk meningkatkan hubungan komersial dengan rantau ekonomi utama itu.

Menurutnya,Arab Saudi,ekonomi terbesar di rantau itu sedang menyelaraskan rundingan FTA Malaysia dengan GCC.

Malaysia,yang ketika ini mempunyai tujuh FTA dua hala dan sembilan FTA pelbagai hala,sedang membincangkan perjanjian sedemikian dengan beberapa negara.

"Kita akan memuktamadkan perjanjian dengan UAE menjelang akhir tahun ini," kata Tengku Zafrul kepada Bernama di sini,pada Rabu lepas.

Beliau berkata,ini akan menjadi perjanjian pertama seumpamanya Malaysia dengan mana-mana negara Arab dan menandakan pertumbuhan pesat hubungan komersial negara dengan rantau Teluk.

"Malaysia mengadakan perbincangan dengan semua negara GCC,termasuk Arab Saudi,untuk mencapai perjanjian dua hala," kata Tengku Zafrul.

Beliau berada di sini mengiring Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena lawatan rasmi ke India selama tiga hari baru-baru ini. - BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap