Close

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil

2024-07-31 berita.rtm.gov.my HaiPress

BANK NEGARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR,30 Julai- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Selasa susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional merosot kepada RM36.51 bilion daripada RM37.05 bilion pagi ini manakala dana Islam berkurangan kepada RM20.93 bilion daripada RM21.92 bilion.

Terdahulu,BNM menawarkan satu tender repo berbalik.

Bank pusat itu turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar bagi tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4.00 petang,BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM36.5 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM20.9 bilion,kedua-duanya bagi wang sehari.

Setakat 29 Julai,2024,Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus. - BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap