Close

Wisma Putra komited kesan keberadaan rakyat Malaysia di luar negara

2024-06-19 berita.rtm.gov.my HaiPress

Datuk Seri Mohamad Hasan

RANTAU,18 Jun- Wisma Putra sentiasa komited membantu menjejaki rakyat Malaysia yang dilaporkan 'hilang' di luar negara untuk dibawa pulang ke tanah air menerusi pelbagai kaedah dan saluran.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,agak sukar bagi pihaknya mengesan individu berkenaan sekiranya mereka sendiri membuat pilihan untuk tidak mahu dikesan atau sengaja 'menghilangkan diri'.

"Tetapi adalah mustahil bagi Wisma Putra ataupun Kementerian Luar Negeri untuk mengetahui keberadaan mereka,sekiranya mereka memilih untuk terus berdiam diri. Itu masalahnya mereka tidak mahu diketahui dia ada di negara tersebut.

"Jadi macam mana kita nak buat kerja sekurang kurangnya keluarga perlu tahu keberadaan mereka dan menghubungi kita," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Inisiatif Kampung Angkat MADANI dan Ibadah Korban 1445H/2024 Kementerian Luar di Dewan Orang Ramai Kampung Kanchong,Rantau di sini.

Media baru-baru ini melaporkan seorang ibu berusia 77 tahun dari Kulai,Johor memohon bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat untuk mengesan anak sulungnya selepas dilaporkan hilang sejak 36 tahun lepas tanpa khabar berita selepas menamatkan pengajian di University of Southwestern Louisiana,Amerika Syarikat.

Abdul Khalid Deman yang kini berusia 58 tahun dan dilaporkan pulang kali terakhir ke tMalaysia pada tahun 1988.

Menurut Mohamad,selain menjalinkan hubungan diplomasi antara negara,menjadi tugas Wisma Putra untuk menguruskan dan mengambil tahu hal ehwal rakyat Malaysia di luar negara.

Dalam pada itu,Mohamad berkata lawatan rasmi Perdana Menteri China Li Qiang ke Malaysia bertujuan memperkasa dan mempertingkatkan hubungan dua hala demi kepentingan kedua-dua negara terutama aspek dagangan.

"Ini kerana China sebuah ekonomi kedua terbesar dan dekat dengan rantau kita selain negara dagangan kita yang terbesar,jadi banyak perkara yang boleh kita runding dan pertingkatkan lagi demi kebaikan kedua-dua negara.

"Hubungan rapat Malaysia dan China perlu dipertingkatkan,pada masa yang sama ada perkara yang perlu diselesai,dirunding bersama seperti masalah di Laut China Selatan dan sebagainya,hubungan baik ini memungkinkan kita menguruskan apa juga masalah dengan baik," katanya.

Wisma Putra memaklumkan Li akan mengadakan lawatan tiga hari ke Malaysia bermula hari ini untuk memperkukuh hubungan dua hala dan memperingati ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap