Remaja 15 tahun ditahan susulan insiden tembakan di Seattle
2026-07-28 HaiPress

Remaja ditahan dalam insiden tembakan di Seattle / Foto REUTERS
SAN FRANCISCO,28 Julai – Seorang suspek berusia 15 tahun ditahan selepas tiga individu maut manakala empat yang lain cedera dalam insiden tembakan pada festival makanan tahunan Bite of Seattle berhampiran Space Needle di Seattle,Washington,Amerika Syarikat (AS),menurut pihak berkuasa pada Isnin,lapor Xinhua.
RINGKASAN BERITA AI
−
Insiden tembakan itu berlaku ketika festival makanan selama tiga hari berkenaan berlangsung dan menarik kehadiran orang ramai dalam jumlah besar.
Polis memaklumkan tiada ancaman berterusan terhadap orang awam.
Dua mangsa maut di tempat kejadian,manakala seorang lagi meninggal dunia kemudian di hospital. Empat individu lain cedera termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun,menurut pihak berkuasa.
Motif kejadian masih dalam siasatan. – BERNAMA-XINHUA