Super El Niño dijangka bermula November, MET Malaysia gesa semua sektor buat persediaan
2026-07-15 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,15 Julai – Malaysia dijangka mula mengalami fenomena Super El Niño bermula November ini,sekali gus menuntut persediaan rapi daripada pelbagai sektor bagi mengurangkan kesannya terhadap kesejahteraan rakyat dan ekonomi negara.
RINGKASAN BERITA AI
−
Dr Ahmad Fairudz berkata,fenomena Super El Niño berpotensi berlarutan antara 18 bulan hingga dua tahun,sebagaimana yang pernah dialami negara ketika episod El Niño kuat pada 1997 hingga 1998.
Sehubungan itu,beliau menggesa orang ramai supaya sentiasa mendapatkan maklumat cuaca yang dikeluarkan MET Malaysia serta mengambil langkah perlindungan sewajarnya ketika cuaca panas.
Antara langkah yang disarankan termasuk memakai pakaian yang bersesuaian,mengurangkan pendedahan kepada cuaca panas dan menggunakan pelitup muka sekiranya berlaku jerebu.