Oman lapor tiga kapal tangki diserang, tiga anggota kru hilang
2026-07-15 HaiPress

Foto fail REUTERS
MUSCAT,15 Julai – Tiga kapal tangki minyak diserang dalam insiden berasingan di luar pantai Oman pada Selasa,menyebabkan tiga anak kapal hilang dan enam lagi cedera,kata Pusat Keselamatan Maritim (OMSC) Oman,lapor Xinhua.
RINGKASAN BERITA AI
−
Sebuah kapal Tentera Laut Diraja Oman sedang memantau keadaan,tambahnya.
Pusat itu juga melaporkan bahawa kapal tangki Al Bahyah telah dirempuh kira-kira 9.6 batu nautika dari Wilayah Gabenor Musandam.
Sebuah kapal Tentera Laut Diraja Oman telah dikerahkan ke tempat kejadian. 18 anak kapal dipindahkan,manakala operasi mencari tiga anak kapal yang hilang diteruskan.
ADNOC Logistics & Services,cabang perkapalan Syarikat Minyak Nasional Abu Dhabi,mengesahkan pada Selasa bahawa dua kapal tangki minyak mentah yang dikendalikan oleh syarikat itu,Al Bahyah dan Mombasa B,terkena peluru ketika transit di Selat Hormuz,menyebabkan seorang pelaut terbunuh dan beberapa lagi cedera.
Perkembangan itu berlaku ketika Amerika Syarikat (AS) dan Iran berbalas serangan atas kawalan Selat Hormuz.
Dalam satu kenyataan,Kementerian Luar Oman menyeru supaya semua pihak menghormati undang-undang antarabangsa,memulihkan kebebasan pelayaran dan memastikan laluan selamat kapal komersial di selat itu.- BERNAMA-XINHUA