Close

Banjir, tanah runtuh ragut lebih 50 nyawa di Bangladesh

2026-07-13 HaiPress

Gambar hiasan

DHAKA,13 Julai- Sekurang-kurangnya 51 orang maut manakala puluhan lagi cedera dalam kejadian banjir dan tanah runtuh akibat hujan lebat yang melanda tenggara Bangladesh sejak minggu lepas,menurut kerajaan pada Ahad.

RINGKASAN BERITA AI

Kementerian turut melaporkan 39 orang cedera,manakala 38,422 penduduk dipindahkan ke pusat perlindungan sementara.

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir menjangkakan hujan berterusan di timur laut Bangladesh serta negeri Assam dan Meghalaya di India hingga pagi Selasa.

Rakaman dari Cox’s Bazar menunjukkan banyak rumah dan kawasan pertanian ditenggelami air,dengan hanya bumbung zink kelihatan.

Penduduk turut dilihat meredah air sedalam paras dada sambil mengangkat barangan mereka.

Hujan lebat sepanjang malam turut menenggelamkan banyak kawasan di ibu negara Dhaka,menyebabkan kesesakan lalu lintas di seluruh bandar pada Ahad. -BERNAMA-dpa

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap