KKM perkukuh peranan GP swasta, perluas kerjasama rawatan penyakit kronik
2026-06-23 HaiPress

KKM akan memperluaskan kerjasama dengan GP swasta dalam rawatan dan pengurusan penyakit kronik/Gambar hiasan
KUALA LUMPUR,23 Jun – Kementerian Kesihatan (KKM) terus memperkukuh peranan klinik pengamal perubatan am (GP) swasta sebagai sebahagian daripada tulang belakang sistem penjagaan kesihatan primer negara,termasuk memperluaskan kerjasama dalam rawatan penyakit kronik.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Peranan GP swasta amat penting dalam rantaian rawatan kesihatan,khususnya menerusi amalan perubatan keluarga yang membolehkan pesakit dipantau secara berterusan sebelum penyakit menjadi lebih serius dan memerlukan rawatan hospital,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kampar Chong Zhemin di Dewan Rakyat.
Dalam pada itu,kerajaan sebelum ini turut mengambil langkah meningkatkan kadar bayaran di bawah Skim Perubatan MADANI bagi mengiktiraf peranan GP swasta serta memastikan kelangsungan operasi mereka dalam menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat.
Justeru,beliau berkata pengukuhan kerjasama antara klinik kesihatan kerajaan dan GP swasta akan menjadi antara strategi utama KKM dalam memperkasakan sistem penjagaan kesihatan primer serta menangani peningkatan penyakit kronik dalam kalangan rakyat.