Malaysia teroka sumber minyak baharu, perkukuh jaminan bekalan negara
2026-06-10 HaiPress

Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir ketika ditemu bual pemberita pada Majlis Perasmian Pusat Teknologi dan Inovasi Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) / Foto BERNAMA
BAYAN LEPAS,10 Jun – Malaysia sedang giat meneroka sumber bekalan minyak mentah baharu termasuk dari benua Afrika,Rusia dan Turkiye sebagai langkah memperkukuh keselamatan tenaga negara serta mengurangkan risiko akibat ketidaktentuan geopolitik global.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai jaminan bekalan minyak negara dan langkah kerajaan memperkukuh keselamatan tenaga pada masa hadapan.
Akmal berkata,jaminan bekalan sehingga Julai merupakan sebahagian daripada strategi pengurusan bekalan secara berfasa bagi mengelakkan negara terikat dengan kontrak jangka panjang ketika harga minyak dunia masih tidak menentu.
“Ketika ini harga minyak masih tidak stabil. Kita tidak mahu terikat dengan perjanjian jangka panjang yang boleh memberi kesan sekiranya berlaku perubahan ketara terhadap harga pasaran global.
“Insya-Allah,menjelang penghujung bulan ini kita akan memperoleh kemas kini baharu berhubung jaminan bekalan untuk tempoh seterusnya,” katanya.
Menurut beliau,pemilihan sumber baharu bukan hanya berdasarkan lokasi atau ketersediaan bekalan,sebaliknya turut mengambil kira keserasian jenis minyak mentah dengan infrastruktur pemprosesan negara bagi menjamin keberkesanan rantaian bekalan tenaga Malaysia.