Close

7,316 penduduk terjejas banjir di Marudi, Beluru, Telang Usan

2025-09-16 HaiPress

7,316 penduduk terjejas banjir di Marudi,Beluru dan Telang Usan

MARUDI,15 Septermber - Seramai 7,316 penduduk melibatkan 56 kawasan di tiga daerah iaitu Marudi,Beluru dan Telang Usan,terjejas banjir setakat pukul 7.00 malam tadi.

Menurut info grafik Jawatankuasa Pengurusan Bencana bacaan paras air mencatatkan peningkatan di beberapa lokasi iaitu Marudi sehingga 3.96 meter,Beluru 8.83 meter dan Long Panai 6.94 meter.

Sementara itu,di daerah Marudi,seramai 2,677 penduduk terjejas yang melibatkan 25 kawasan terdiri dari 17 kampung,sebuah klinik dan tujuh buah sekolah.

Manakala di daerah Beluru,seramai 3,861 penduduk terjejas,melibatkan 27 kawasan iaitu 23 kampung,sebuah klinik dan tiga sekolah.

Selain itu,di daerah Telang Usan,melibatkan 778 penduduk di empat kawasan iaitu dua buah kampung,sebuah klinik dan sebuah sekolah.

Setakat ini,tiada insiden kebakaran dan tanah runtuh dilaporkan,namun semua agensi berkaitan terus melakukan pemantauan.

Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) juga telah dibuka di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kee Tee,Long Lama,menempatkan 27 ketua isi rumah (KIR) dan 103 penduduk terjejas.

Pelbagai agensi termasuk Angkatan Tentera Malaysia,Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia juga bersiap siaga untuk menjalankan operasi menyelamat pada bila-bila masa.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap