Petronas bebas campur tangan politik, kekal daya saing global - PM
2025-08-14 HaiPress
FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,14 Ogos – Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan,kerajaan menyerahkan keputusan berkaitan komersial dan pelaburan kepada Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) tanpa campur tangan politik.
Beliau berkata,ia dilakukan sepenuhnya berdasarkan kebijaksanaan serta pertimbangan,bagi memastikan syarikat minyak dan gas negara itu kekal berdaya saing di peringkat global.
”Kita serahkan kebijaksanaan dan pertimbangan komersial itu dan pelaburan kepada Petronas tanpa campur tangan politik. Mereka hanya melaporkan. Sebab itu sekarang ini ada pandangan,iaitu beberapa aset lama dilepaskan untuk menambah.
"Antaranya seperti di kawasan serantau,dengan kemasukan TotalEnergies,syarikat pembekal tenaga global berpangkalan di Perancis,dan syarikat tenaga Itali,ENI,menyebabkan Petronas bergerak bersama dengan syarikat ini di rantau,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di persidangan Dewan Rakyat.
Datuk Seri Anwar menjawab soalan berhubung hala tuju Petronas dalam menghadapi ketidaktentuan pasaran minyak dan gas global.
Dalam sesi sama,Perdana Menteri turut menyentuh berkenaan projek peralihan tenaga,termasuk ASEAN Power Grid dan kerjasama strategik bersama Kerajaan Sarawak untuk pembangunan tenaga dari Sarawak ke Johor.