Close

2.5 tahun pentadbiran MADANI: 14 akta baharu, 97 pindaan diluluskan

2025-08-14 HaiPress

Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan Ahli Parlimen Hulu Terengganu,Datuk Rosol Wahid

KUALA LUMPUR,14 Ogos – Sebanyak 14 akta baharu digubal sepanjang dua setengah tahun pentadbiran Kerajaan MADANI,selain 97 pindaan akta dan 13 rang undang-undang dilaksanakan sejak 2023 hingga suku kedua tahun ini.

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,menyifatkan pelaksanaan pembaharuan undang-undang dan perlembagaan itu sebagai pencapaian positif di bawah pentadbirannya.

Beliau berkata,pada 2023 sahaja,lima akta baharu digubal dan 34 akta dipinda,manakala bagi tahun 2024,lima akta baharu serta 57 pindaan akta telah diluluskan.

Bagi tahun 2025 setakat ini,empat akta baharu digubal,enam akta dipinda,dua rang undang-undang baharu diperkenalkan dan 11 rang undang-undang dibentangkan,termasuk dua pindaan perlembagaan,satu berkaitan kewarganegaraan dan satu lagi melibatkan Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA).

“Perkembangan ini adalah rekod dua setengah tahun pentadbiran Kerajaan MADANI yang belum dapat ditandingi,termasuk oleh kerajaan sebelum ini,” tegas Perdana Menteri ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Ahli Parlimen Hulu Terengganu,Datuk Rosol Wahid,yang ingin mengetahui senarai undang-undang lapuk yang akan dipinda atau dimansuhkan kerajaan.


Dalam sesi sama,Perdana Menteri turut mengulas kenyataannya terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN),Tan Sri Muhyiddin Yassin,yang didakwa mempertahankan warga asing dalam isu penyasaran subsidi RON95 di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Datuk Seri Anwar bersedia memohon maaf sekiranya sumber yang digunakan tidak sahih dan dibuktikan sebagai satu kesilapan. Bagaimanapun,beliau akan menunggu hasil siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terlebih dahulu.

“Saya telah bawa kepada MCMC untuk dapatkan semua keterangan dan saya tidak ada masalah… kalau dapat dipastikan tidak ada sumber yang sahih,itu satu kesilapan. Tapi biar tunggu keputusan MCMC dulu,” jelasnya.

Beliau turut menegaskan siasatan MCMC adalah terhadap kesahihan sumber,bukan terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu secara langsung.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap