Guna bahasa mudah, elak jurang komunikasi dengan rakyat
2025-08-12 HaiPress
Ketua Setiausaha Negara,Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar pada Sesi Reformasi Satu Kemestian Bersama KSN Sempena Setahun Reformasi Perkhidmatan Awam di Puspanitapuri / Foto BERNAMA
PUTRAJAYA,12 Ogos – Penjawat awam disaran menggunakan bahasa yang jelas dan mudah difahami bagi memastikan maklumat berkaitan dasar sampai dengan tepat kepada orang ramai.
Menurut Ketua Setiausaha Negara,Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar,penggunaan bahasa yang terlalu teknikal boleh melebarkan jurang komunikasi,sekali gus menjejaskan pemahaman rakyat terhadap sesuatu isu.
Beliau menegaskan,pendekatan komunikasi perlu disesuaikan dengan latar belakang penerima maklumat agar mesej yang disampaikan jelas dan berkesan.
“Kadang-kadang kita bercakap macam kepada profesor,sedangkan yang mendengar ialah golongan pemandu atau masyarakat umum.
Mereka perlukan bahasa yang ringkas dan mesra,bukan bahasa Putrajaya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis "Reformasi Satu Kemestian Bersama Ketua Setiausaha Negara Sempena Setahun Reformasi Perkhidmatan Awam" di sini.
Mengulas isu penjelasan berkaitan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) baru-baru ini,beliau menegaskan bahawa penerangan yang terlalu teknikal hanya difahami oleh segelintir pihak,sedangkan majoriti rakyat memerlukan penjelasan yang lebih ringkas dan mudah.
Sehubungan itu,beliau mengarahkan semua pegawai komunikasi memastikan mesej yang disampaikan jelas,relevan dan mudah difahami.