Close

IPD Brickfields lupus barang kes bernilai lebih RM700,000

2025-07-25 IDOPRESS

Ketua Polis Daerah Brickfields,Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Ku Mashariman Ku Mahmood melupuskan barang kes peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields hari ini/Foto Zai Irfan

KUALA LUMPUR,25 Julai - Polis Brickfields melupuskan pelbagai barang kes untuk kali kedua tahun ini,membabitkan lebih 50,000 unit barangan dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM721,212.

Ketua Polis Daerah Brickfields,Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Ku Mashariman Ku Mahmood berkata,sesi pelupusan melibatkan 108 kertas siasatan,yang diselesaikan sejak tahun 2017 hingga 2025.

“Sebanyak 108 kertas siasatan dibuka,merangkumi 33 kertas siasatan melibatkan barang kes am,33 kes berkaitan noda atau hiburan,12 kes kontraban,27 kes judi atau dadu,dua kes berkaitan Bitcoin,dan satu kes membabitkan senjata tiruan," katanya.

Beliau berkata demikian pada pada sidang media berhubung pelupusan barang kes peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di sini hari ini.

Tambahnya,pelupusan ini bagi mengelakkan risiko kehilangan atau penyalahgunaan barang kes.

"Tujuan utama pelupusan ini adalah untuk melalui proses perundangan yang lengkap,mengikut peraturan sehingga ke akhirnya. Kita juga mahu kurangkan beban penyimpanan serta risiko kecurian atau kehilangan barang kes," tegas beliau.

Bagi barangan fizikal,pelupusan dilakukan menggunakan jentera berat manakala wang tunai diserah kepada pihak perbendaharaan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap