Percepat integrasi ASEAN bagi hadapi cabaran perdagangan global
2025-07-25 IDOPRESS
Persidangan dan Anugerah Tadbir Urus Korporat ASEAN 2025 / Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,25 Julai - ASEAN perlu bergerak secara kolektif dengan mempercepat usaha integrasi dalaman bagi menghadapi ketidaktentuan perdagangan global.
Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz optimis penyelarasan piawaian dalam kalangan negara anggota akan mengukuhkan kedudukan ASEAN sebagai blok yang lebih berdaya tahan.
Ia sekaligus bagi menghubungkan pasaran dan melindungi rantaian bekalan serantau.
Ke arah itu,pertikaian perdagangan perlu dikurangkan,piawaian yang perlu sejajar. Selain sistem berpandukan peraturan yang lebih kukuh perlu dibangunkan.
“Pelabur yang melihat ASEAN tidak hanya berdasarkan angka pertumbuhan,tetapi juga isu tadbir urus,kedaulatan undang-undang serta pendedahan berkaitan iklim selain kemungkinan piawaian tenaga kerja," katanya dalam ucaptama pada majlis makan malam Persidangan dan Anugerah Tadbir Urus Korporat ASEAN 2025 .
Tambah beliau,tadbir urus korporat dan kelestarian tidak lagi dianggap sebagai sekadar usaha memenuhi syarat,tetapi pemacu strategik bagi kepercayaan,reputasi,pengurusan risiko dan inisiatif pengumpulan modal.
Pada masa sama,ia turut membentuk keyakinan terhadap institusi sesebuah negara,membolehkan kemakmuran secara saksama.