Close

Niaga hadapan emas ditutup rendah berikutan pengambilan untung

2025-06-19 IDOPRESS

Niaga hadapan emas ditutup rendah berikutan pengambilan untung / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,17 Jun - Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah berikutan langkah pengambilan untung yang berterusan,manakala risiko geopolitik mempengaruhi permintaan terhadap aset selamat itu.

Kontrak semerta bulan Jun 2025 menyusut kepada AS$3,385.60 setiap auns troy daripada AS$3,425.20 pada Isnin,manakala Julai 2025 merosot kepada AS$3,394.10 daripada AS$3,433.70 sebelumnya.

Kontrak Ogos,September dan Oktober 2025 turun kepada AS$3,413.90 setiap auns troy daripada AS$3,453.20 pada Isnin.

Jumlah dagangan melonjak kepada 96 lot daripada 25 lot pada Isnin,manakala kepentingan terbuka menambah kepada 131 kontrak daripada 61 kontrak.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 16 Jun,harga emas fizikal berada pada AS$3,397.6 setiap auns troy.-BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap