Close

Tarif AS: Kerajaan perlu manfaat peluang rundingan, pulih sektor terkesan - Pakar

2025-05-19 HaiPress

Foto Fail

KUALA LUMPUR,19 Mei- Malaysia dilihat mampu mengekalkan momentum positif dalam rundingan tarif dengan Amerika Syarikat (AS).

Menurut Pensyarah Kanan,Fakulti Ekonomi dan Pengurusan,Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),Profesor Madya Dr. Norlin Khalid berpendapat,situasi itu perlu dimanfaat sebaik mungkin kerajaan dalam memberi tumpuan kepada sektor-sektor penting negara yang terjejas akibat pelaksanaan tarif Washington.

"Malaysia boleh memanfaatkan momentum positif daripada lawatan Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI) bulan lalu,bagi mempercepatkan senarai produk mengikut keutamaan dan justifikasi ekonomi yang lebih kukuh.

Faktor utama kejayaan awal termasuk kemampuan Malaysia menyampaikan naratif jelas bahawa pengurangan tarif bukan sahaja memberi kelebihan kepada Malaysia tetapi turut menyumbang kepada kestabilan dan ketahanan rantaian bekalan global," kata beliau secara eksklusif ketika dihubungi pemberita RTM,di sini,hari ini.

Dalam pada itu,Penganalisis Politik,Profesor Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata tumpuan rundingan turut perlu diberikan kepada produk Malaysia yang dieksport ke AS dengan tarif yang dikenakan sebanyak 24 peratus.

"Kita perlu mengadakan rundingan dengan mencari penyelesaian terbaik terhadap produk-produk Malaysia yang dipasarkan ke AS khususnya produk dalam industri semikonduktor.

Usaha kerajaan Malaysia yang giat dijalankan secara unilateral (sehala) ini dijangka memberi kesan positif terhadap pendekatan baharu AS sekali gus menunjukkan komitmen negara melaksanakan perspektif yang dimahukan terutamanya mengimbangi nilai dagangan kedua-dua pihak," ujar beliau.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap