Close

Rizab antarabangsa Malaysia meningkat kepada AS$118.70 bilion

2025-05-09 HaiPress

Rizab antarabangsa Malaysia meningkat kepada AS$118.70 bilion setakat 30 April 2025 berbanding AS$118.40 bilion yang dicatatkan pada 15 April 2025./ Foto Bernama

KUALA LUMPUR,8 Mei- Rizab antarabangsa Malaysia meningkat kepada AS$118.70 bilion setakat 30 April 2025 berbanding AS$118.40 bilion yang dicatatkan pada 15 April 2025.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan,Bank Negara,BNM memaklumkan bahawa paras rizab berkenaan mencukupi untuk membiayai 5.0 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali jumlah hutang luar jangka pendek negara.

Komponen utama rizab antarabangsa itu terdiri daripada rizab mata wang asing sebanyak AS$105.5 bilion,kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sebanyak AS$1.3 bilion,hak pengeluaran khas (SDR) sebanyak AS$5.8 bilion,emas bernilai AS$3.8 bilion dan aset rizab lain berjumlah AS$2.3 bilion.

Jumlah keseluruhan aset BNM direkodkan pada RM639.84 bilion,yang merangkumi emas dan pertukaran asing serta rizab lain termasuk SDR bernilai RM526.27 bilion,pegangan Kertas Kerajaan Malaysia sebanyak RM12.81 bilion,deposit dengan institusi kewangan (RM7.59 juta),pinjaman dan pendahuluan (RM26.89 bilion),tanah dan bangunan (RM4.58 bilion),serta aset-aset lain bernilai RM61.67 bilion.

Modal dan liabiliti BNM turut berjumlah RM639.84 bilion,yang terdiri daripada modal berbayar sebanyak RM100 juta,rizab (RM190.94 bilion),mata wang dalam edaran (RM174.15 bilion),deposit oleh institusi kewangan (RM149.65 bilion),deposit Kerajaan Persekutuan (RM4.78 bilion),deposit lain-lain (RM77.86 bilion),Kertas Bank Negara (RM10.57 bilion),peruntukan SDR (RM28.38 bilion),dan liabiliti lain sebanyak RM3.36 bilion.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap