Close

Harga petrol, diesel tidak berubah hingga 30 April

2025-04-24 IDOPRESS

FOTO HIASAN / BERNAMA

KUALA LUMPUR,23 April- Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara kekal tidak berubah,masing-masing pada RM3.18 dan RM2.05 seliter dari 24 hingga 30 April ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan malam ini memaklumkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia juga tidak berubah,iaitu RM2.88 seliter manakala di Sabah,Sarawak dan Labuan kekal pada harga RM2.15 seliter bagi tempoh sama.

Kenyataan itu menjelaskan harga ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan bagi produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

"Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak global dan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," menurut kenyataan itu.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap