Penolong Jurutera RTM meninggal dunia ketika bertugas
2025-04-07 HaiPress
Penolong Jurutera RTM,Noor Wahida Ahmat meninggal dunia ketika bertugas
JOHOR BAHRU,6 April- Penolong Jurutera RTM Johor,Noor Wahida Ahmat,37 tahun,meninggal dunia pada pukul 4.44 petang tadi di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru,Johor,selepas tidak sedarkan diri semasa bertugas,semalam.
Pemergian Allahyarhamah dimaklumkan oleh suaminya,Muslly Sardon kepada RTM.
Jenazah dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik HSA untuk dimandikan dan disolatkan di Masjid Kampung Bukit Tongkat dan akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam FELDA Bukit Tongkat,Kluang untuk dikebumikan,malam ini.
Wahida Ahmat telah berkhidmat sejak tahun 2010 bersama RTM.
Allahyarhamah meninggalkan suami dan emak yang di bawah jagaannya.
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar kepada keluarga,rakan sekerja dan seluruh warga RTM.