Close

PKS disaran tingkat produktiviti untuk imbangi kenaikan kos operasi

2025-02-07 IDOPRESS

Profesor Madya Fakulti Perniagaan dan Ekonomi,Universiti Malaysia,Dr Mohd Edil Abd Sukor / Foto RTM

KUALA LUMPUR,6 Februari-Usahawan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta perniagaan mikro disarankan meningkatkan produktiviti seiring dengan kenaikan gaji tanpa terlalu bergantung kepada tenaga kerja manual.

Profesor Madya Fakulti Perniagaan dan Ekonomi,Dr Mohd Edil Abd Sukor berkata langkah itu membolehkan sektor PKS mengimbangi kenaikan kos operasi.

Menurutnya,inisiatif itu turut membolehkan usahawan-usahawan kecil ini kekal relevan dengan menghasilkan produk yang lebih kompetitif untuk dijual.

"Apa yang mereka boleh buat adalah pertama membuat kerja yang lebih fleksibel. contohnya mereka boleh guna pekerja bila mereka perlukan atau seperti separuh masa atau hybrid.

"Ini adalah satu usaha mereka boleh lakukan untuk mengurangkan kos operasi Kedua,mereka juga boleh gunakan teknologi untuk mengurangkan bilangan pekerja",katanya ketika ditemui selepas program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.

Dalam perkembangan yang sama beliau turut menekankan pekerja juga perlu bergerak seiring dengan langkah kenaikan gaji dengan meningkatkan kemahiran.

"Bila mereka meingkatkan kemahiran contohnya,bila gaji ditingkatkan mereka sepatutnya meningkatkan kemahiran mereka agar syarikat-syarikat besar akan mengambil mereka bekerja.

"Ini memberi peluang mereka meningkatkan peluang kerjaya mereka dan mendapat gaji yang lebih tinggi",katanya.

Sektor PKS merangkumi 1.9 juta daripada 2 juta majikan di negara ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap