Close

Amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sarawak

2025-02-07 IDOPRESS

Foto RTM

KUCHING,7 Februari 2025 - Jabatan Meteorologi (MET) Malaysia hari ini mengeluarkan amaran peringkat waspada di beberapa kawasan di Sarawak bermula hari ini sehingga esok.

MET Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan hujan berterusan dijangka akan berlaku di kawasan tengah dan utara Sarawak,iaitu di Selangau di bahagian Sibu,Matu,Daro,Dalat dan Mukah.

Hujan juga dijangka melanda keseluruhan bahagian Bintulu serta Subis dan Miri.

Menurut Pengarah MET Malaysia Cawangan Sarawak,Khairul Najib Ibrahim,pihaknya turut meramalkan ribut petir dan hujan berlaku di kawasan-kawasan berkenaan pada lewat petang dan juga waktu malam.

Jelasnya,berikutan situasi cuaca Sarawak masih lagi menghadapi peralihan Monsun Timur Laut (MTL),keadaan atmosfera di negeri itu masih berada pada tahap lembab yang membawa hujan masuk ke kawasan-kawasan terbabit.

Walaupun,trend cuaca di Sarawak beransur pulih,Khairul Najib Ibrahim menasihati agar orang awam terus mengambil langkah berjaga-jaga,terutamanya bagi penduduk di kawasan berhampiran sungai atau tanah rendah yang berpotensi untuk mengalami banjir.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi RTM.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap