Close

Sungai Kelaik dicemari, penduduk Orang Asli resah

2024-12-20 IDOPRESS

Penduduk Orang Asli di Kampung Kelaik,Pos Blau di Gua Musang masih bimbang menggunakan air Sungai Kelaik sebagai sumber utama kegunaan harian / Foto RTM

GUA MUSANG,20 Disember – Penduduk Orang Asli di Kampung Kelaik,Pos Blau di sini masih bimbang menggunakan air Sungai Kelaik sebagai sumber utama kegunaan harian,meskipun operasi kilang lombong bijih besi di kawasan itu telah dihentikan sementara untuk siasatan.

Penduduk mendakwa,mereka mengalami masalah kulit seperti gatal dan kemerahan selepas menggunakan air sungai tersebut.

Terbaharu,empat penduduk terpaksa menerima rawatan di Hospital Gua Musang akibat keadaan itu.

Penduduk kampung,Along Uda,menyatakan kebimbangannya terhadap pencemaran yang berlaku,terutama selepas aktiviti lombong dijalankan.

"Kalau orang kerja (lombong),air jadi warna merah. Kalau celup kaki,malam tak boleh tidur sebab rasa panas dan gatal. Doktor sudah periksa,tiga orang terkena," katanya.

Seorang lagi penduduk,Masdor Uda,berkata aktiviti perlombongan telah menjejaskan hidupan sungai,termasuk ikan yang menjadi sumber makanan mereka.

"Dulu banyak ikan. Lepas ada kilang,ikan semua hilang. Sekarang,kami bergantung kepada tanaman sendiri dan beli ayam atau ikan di kedai. Air hujan pun warna kuning," ujarnya.

ADUN Galas,Mohd Syahbuddin Hashim (baju kotak) ketika melakukan tinjauan ke kawasan Sungai kelaik/ Foto RTM
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas,Mohd Syahbuddin Hashim yang meninjau kawasan itu berkata,air Sungai Kelaik kini sedikit jernih selepas operasi kilang dihentikan sejak seminggu lalu."Saya berharap pihak berkaitan seperti JAS,PBT,dan KKM dapat menjalankan siasatan lebih terperinci. Penduduk yang menggunakan sungai ini perlu menjalani ujian kesihatan untuk memastikan tiada penyakit akibat keracunan," katanya.Menurut Mohd Syahbuddin,tindakan tegas harus diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang alam sekitar.Sementara itu,Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES),Nik Nazmi Nik Ahmad,telah mengarahkan aktiviti perlombongan oleh dua syarikat dihentikan serta-merta.Beliau berkata keputusan itu dibuat berdasarkan siasatan Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang mendapati aktiviti perlombongan tersebut mungkin melanggar Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127).Sebelum ini,tular di media sosial keadaan Sungai Kelaik yang bertukar merah seperti karat,dipercayai akibat aktiviti perlombongan bijih besi di kawasan itu.
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap