Close

Penyenaraian pengusaha "Home-based Food" bawah KKM adalah sukarela, tidak wajib

2024-12-12 HaiPress

Timbalan Menteri Kesihatan,Datuk Lukanisman Awang Sauni

KUALA LUMPUR,12 Disember- Permohonan Penyenaraian Pengusaha Makanan Sediaan di Rumah (Home-based Food) bersifat sukarela dan tidak diwajibkan.

Bagaimanapun,Timbalan Menteri Kesihatan,Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata pengendali makanan perlu menjalani latihan dan wajib mendapatkan pelalian vaksinasi walaupun tanpa memohon pensijilan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ini kerana ia keperluan asas yang termaktub dalam Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 ke atas pengendali makanan.

"Pendekatan secara sukarela ini bertujuan meningkatkan formalisasi aktiviti penyediaan makanan bersih dan selamat termasuk dalam latihan pengendali makanan,pelalian vaksinasi anti-tifoid,pelabelan makanan,pemeriksaan kendiri dan pengusaha berdaftar dalam pangkalan data Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM).

Dalam masa sama,pelaksanaan sebarang syarat atau peraturan kepada pengusaha secara sukarela ini juga diharapkan tidakmenjejaskan pembangunan ekonomi dan perkembangan industri makanan berskala mikro tersebut," kata Datuk Lukanisman di Parlimen,hari ini.

Program Penyenaraian Pengusaha Makanan Sediaan di Rumah diperkenalkan untuk menggalakkan proses penyediaan makanan bersih dan selamat oleh pengusaha makanan.

Beliau menjawab soalan asal dikemukakan wakil Wangsa Maju,Zahir Hassan di Dewan Rakyat.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap