Close

3,064 aduan ketirisan barang bersubsidi dari Januari-November

2024-12-11 HaiPress

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),Datuk Armizan Mohd Ali/ BERNAMA

KUALA LUMPUR,11 Disember- Bahagian Penguat Kuasa dan Pejabat-Pejabat Negeri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) seluruh negara telah melaksanakan aktiviti penguatkuasaan,susulan aduan berkaitan ketirisan barang subsidi.

Ini termasuk mengenakan tindakan terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),Datuk Armizan Mohd Ali berkata,sebanyak 3,064 aduan berkaitan ketirisan barang bersubsidi diterima bagi tempoh bermula 1 Januari sehingga 30 November tahun ini.

"Antara barang kawalan yang menerima aduan tertinggi dari bulan Januari hingga November 2024 adalah minyak masak sebanyak 1,862 aduan,gula 282 aduan,berkaitan diesel sebanyak 246 aduan,gas memasak (LPG) sebanyak 173 aduan dan aduan berkaitan lain-lain barang kawalan seperti petrol,telur ayam,tepung gandum dan lain-lain",katanya di Dewan Negara.

Beliau menjawab pertanyaan yang dikemukakan Senator Tuan Abun Sui Anyit yang ingin tahu mengenai jumlah aduan terhadap penyelewengan barang bersubsidi dan jumlah tangkapan yang dibuat di Sarawak.

Armizan berkata dalam tempoh 11 bulan itu juga,sebanyak 127 kes telah dikesan oleh KPDN Sarawakdengan 16 tangkapan keseluruhan membabitkan 10 tangkapan di Kuching,manakalaenam lagi di Miri.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap