Close

Bursa Malaysia dibuka rendah di tengah prestasi bercampur Wall Street

2024-12-09 HaiPress

Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street pada Jumaat lepas / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,9 Disember - Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street pada Jumaat lepas,dengan sentimen pasaran kekal optimis berikutan jangkaan penurunan kadar.

Pada 9.10 pagi,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 9.66 mata kepada 1,603.59 daripada 1,613.25 semasa ditutup pada Jumaat.

Indeks itu dibuka 2.63 mata lebih rendah kepada 1,610.62.

Sentimen pasaran tidak berubah,dengan kaunter untung dan rugi pada 201 manakala 367 kaunter tidak berubah,1,707 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 318.51 juta unit bernilai RM135.22 juta

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata hasil 10 tahun Amerika Syarikat (AS) susut kepada 4.149 peratus.

"Di Hong Kong,Indeks Hang Seng melonjak hampir kepada paras 20,000 berikutan peniaga bersiap sedia berdepan mesyuarat dasar ekonomi China yang dijadualkan pada bulan ini untuk merancakkan semula penggunaan domestik dan menangani perang perdagangan dengan AS," katanya kepada Bernama.

Di dalam negara,berikutan FBM KLCI ditutup rendah pada Jumaat lepas selepas aliran meningkat selama tiga hari,Thong terus berharap pengumpulan saham akan berterusan.

"Walaupun indeks masih kekal dalam fasa konsolidasi,kami terus berharap pengumpulan saham akan berterusan memandangkan bursa tempatan kini bergerak pada penilaian menarik sebanyak 14.5 kali nisbah harga kepada pendapatan berdasarkan angka 2025.

"Oleh itu,kami menjangka indeks akan berlegar dalam julat 1,615-1,625 hari ini," katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi,Maybank susut 4.0 sen kepada RM10.12,Public Bank rendah 2.0 sen kepada RM4.56,CIMB berkurangan 17.0 sen kepada RM8.00,Tenaga Nasional menyusut 6.0 sen kepada RM13.46 dan IHH Healthcare merosot 5.0 sen kepada RM7 .27.

Bagi saham aktif,Datasonic menambah 3.5 sen kepada 44 sen,Aizo turun setengah sen kepada 13.5 sen,Leong Hup International susut 3.0 sen kepada 61 sen manakala Zen Tech dan Top Glove masing-masing tidak berubah pada 1.0 sen dan RM1.32.

Di papan indeks,Indeks FBM Emas susut 46.51 mata kepada 12,300.39,Indeks FBMT 100 menyusut 49.68 mata kepada 11,978.02 manakala Indeks FBM 70 menokok 5.42 mata kepada 18,405.63.

Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 23.17 mata kepada 12,299.96 dan Indeks FBM ACE meningkat 6.61 mata kepada 5,313.80.

Dari segi sektor,Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 104.39 mata kepada 19,061.22,Indeks Perladangan susut 26.98 mata kepada 7,713.28,Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian rendah 0.36 mata kepada 175.44 manakala Indeks Tenaga meningkat 0.05 mata kepada 829.18.-BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap