Close

Lebih 500 kes bunuh diri direkodkan di Perak sejak 2019

2024-12-04 HaiPress

FOTO HIASAN

IPOH,4 Disember- Lebih 500 kes bunuh diri direkodkan di Perak dalam tempoh 2019 sehingga September tahun ini.

Exco Sumber Manusia,Kesihatan,Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional negeri A. Sivanesan berkata,angka itu termasuk 94 kes bunuh diri setakat Januari hingga September tahun ini.

Jelasnya,berdasarkan data Polis Diraja Malaysia (PDRM) kes bunuh diri paling tinggi di Perak direkodkan pada 2021 iaitu seramai 112 orang.

"Pihak Kementerian Kesihatan sedang berusaha untuk menambah bilangan kaunselor di peringkat KKM dan juga di peringkat negeri.

"Sehingga November 2024 seramai 24 orang pegawai psikologi yang berkhidmat di fasiliti kesihatan di negeri Perak.

"Seramai 14 orang pegawai (2 pegawai bertaraf tetap dan 12 pegawai bertaraf contract for service CFS) memberikan perkhidmatan di klinik kesihatan seluruh negeri Perak," katanya.

Tambah beliau,Jabatan Kesihatan Negeri Perak komited untuk mengukuhkan lagi aktiviti saringan kesihatan mental dan antara inisiatif berterusan yang dijalankan adalah melalui Saringan Minda Sihat yang dijalankan di klinik kesihatan,program Kesedaran Kesihatan dan di peringkat komuniti oleh sukarelawan Komuniti Sihat Pembina Negara (Kospen).

Beliau berkata demikian dalam sesi pertanyaan lisan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan Ipoh.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap