Close

MBI naik taraf ban Sungai Kinta atasi banjir kilat di Ipoh

2024-12-04 HaiPress

FOTO JBPM

IPOH,4 DIsember- Susulan kejadian banjir kilat yang menjejaskan kira-kira 200 isi rumah di kawasan Arena Kepayang Putra dan Fair Park,Ipoh,Ahad lalu.

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menaik taraf ban Sungai Kinta berhampiran penempatan penduduk dengan serta merta.

Datuk Bandar Ipoh,Datuk Rumaizi Baharin berkata,pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah menaik taraf ban sepanjang kira-kira 50 meter yang sebelum ini menjadi laluan limpahan air sungai di kawasan itu.

"Kita sekarang ni ban dah ada cuma tidak cukup tinggi sebab itu tempoh hari air melepasi ban,jadi yang terbaru jangka pendek ni kita akan naikkan satu meter ban tersebut.

"Kita dah bersetuju,JPS akan naikkan had ban tu ketinggian tambah satu meter,diharapkan ia boleh menampung air,memang limpahan air tu terlalu tinggi tu masalahnya yang sebenar,bukan isu ban pecah," katanya.

Beliau ditemui pada sidang media selepas Majlis Executive Talk MBI 2024 di Pusat Konvensyen Ipoh,pagi tadi.

Terdahulu,Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata,kerajaan sedang mempertimbang cadangan untuk menaik taraf ban sungai di sepanjang Sungai Kinta sebagai penyelesaian jangka panjang.

Hujan luar biasa berterusan selama lebih 13 jam dengan taburan hujan mencecah 92.5 milimeter (mm) sejam di Empangan Ulu Kinta dikenal pasti sebagai punca kejadian banjir kilat di Arena Kepayang Putra yang turut mengakibatkan beberapa kawasan lain terjejas antaranya di Batu Gajah dan Kampar.


Datuk Bandar Ipoh,Datuk Rumaizi Baharin
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap