Close

Rakyat Palestin akan pulang setelah capai gencatan senjata, keadaan selamat

2024-12-02 HaiPress

Adly Zahari

KUALA LUMPUR,2 Disember- Semua rakyat Palestin yang dibawa ke negara ini bagi menerima rawatan akan dihantar semula ke negara itu selepas genjatan senjata berjaya dicapai dan keadaan kembali aman.

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata,urusan berkaitan dokumentasi seperti pasport sedang diuruskan dan dijangka siap pada pertengahan Disember.

Perkara itu akan dilaksanakan antara pihak Kedutaan Besar Palestin di Kuala Lumpur dan pihak berkuasa Palestin.

"Kementerian juga sedang berkerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mendapatkan pas lawatan sosial jangka panjang kepada rakyat Palestin bagi membolehkan mereka mempunyai dokumen sah sepanjang tempoh berada di Malaysia sebelum dihantar pulang ke negara asal.

"Pemberiann pas lawatan sosial yang jangka panjang ini sama seperti program kemanusian Syria,Sudan dan Yaman yang pernah dilaksanakan sebelum ini oleh kerajaan Malaysia," katanya.


Beliau menjawab soalan dikemukakan Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkenaan status terkini warga Palestin yang dibawa dari Mesir untuk mendapatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan,kebajikan dan kelangsungan hidup serta memastikan merekamendapatkan status sah atau dokumentasi rasmi yang diperlukan.

Sejak 16 Ogos lalu seramai 41 orang pesakit rakyat Palestin dibawa ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan di Hospital Angkatan TenteraTuanku Mizan.

Kesemuanya hadir bersama-sama 86 waris masing-masing dan 40 daripada jumlah pesakit tersebut telah selesai menerima rawatan dan dipindahkan ke Wisma Transit.

Dalam pada itu Adly turut memaklumkan bahawa seorang pesakit masih mendapatkan rawatan dialisis di hospital itu.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap