Close

Bayi lelaki korban ketiga banjir di Kelantan

2024-11-30 HaiPress

Foto Hiasan

TUMPAT,30 November - Seorang bayi lelaki menjadi korban ketiga banjir selepas terjatuh di dalam air banjir di rumahnya sendiri di Kampung Cherang Melintang,di sini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata,kejadian berlaku pukul 10.30 malam kelmarin selepas ibu bayi tersebut tersedar daripada tidur dan mendapati bayi berusia setahun itu tiada disisi.

"Wanita berusia 42 tahun itu kemudiannya mencari bayi berkenaan di dalam bilik yang terletak di tingkat atas rumahnya namun tidak ditemui.

"Dia kemudiannya mendapati,meja sofa yang digunakan untuk menahan tangga tingkat atas telah terusik,dan semasa melihat ke tingkat bawah,dapati anaknya telah terapung di dalam air banjir

"Wanita itu memanggil suaminya untuk memberi bantuan kecemasan dan menghubungi 999 untuk bantuan," menurut Yusoff Mamat.

Ibu bayi itu turut meminta bantuan jiran untuk membawa anaknya keluar menggunakan perahu ke jambatan Kubang Panjang.

Bayi berkenaan dibawa ke Hospital Tumpat untuk rawatan kecemasan dan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 1.00 pagi semalam oleh pegawai perubatan hospital berkenaan.

Setelah diperiksa dan diberi bantuan pernafasan,pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah mati dirumahnya.

Mayat dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap