Close

KPDN rampas lebih 15 tan minyak masak peket bersubsidi

2024-11-22 HaiPress

KPDN Pulau Pinang berjaya merampas 15 tan minyak masak peket bersubsidi

BUKIT MERTAJAM,21 November- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang berjaya merampas 15,00 kilogram (kg) minyak masak peket bersubsidi.

Hasil susulan intipan daripada kes pada 15 November lalu,pihaknya menyerbu dua premis perniagaan yang menyimpan minyak masak paket bersubsidi melebihi kuantiti dibenarkan di Taman Impian Ria Alma dekat Bukit Mertajam.

Pengarah KPDN Pulau Pinang,S. Jegan berkata ini merupakan rampasan terbesar pihaknya pada tahun ini dengan jumlah 15,310 kg minyak masak peket dan sebuah lori menjadikan nilai rampasan bernilai RM58,375.

“Hasil daripada pemeriksaan yang telah dijalankan mendapati premis memiliki lesen sah Boring Barang Kawalan Berjadual (CSA) bagi minyak masak,tepung gandum dan juga gula.

“Jumlah yang dibenarkan bagi barangan tersebut hanyalah 5,000 kg,manakala premis bersebelah tidak dilesenkan bagi menyimpan barangan terkawal termasuk minyak masak paket.

“Pemeriksaan dikedua-dua premis terbabit mendapati lebih 15 tan minyak masak peket bersubsidi,” katanya selepas ditemui di lokasi serbuan.

Turut ditahan lelaki warga tempatan berusia 47 tahun,yang juga pemilik premis bersama dua pekerja warga asing berusia 40 tahun.

Kesemua minyak masak tersebut dipercayai cuba diseleweng untuk diedar kepada kepada peruncit dan restoran,namun siasatan masih dijalankan.

Ketika operasi,semakan pada buku log mendapati dikemas kini,namun jumlah kuantiti bekalan direkodkan tidak sama dengan jumlah yang ditemukan.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap