Close

'Jangan tolak ansur dalam kes buli' - Anwar

2024-11-01 HaiPress

Anwar Ibrahim / Foto RTM

KUALA LUMPUR,1 November-Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa budaya toleransi terhadap buli tidak boleh diterima dan perlu ditolak sepenuhnya oleh masyarakat.

Beliau menekankan bahawa perlakuan buli dalam masyarakat wujud kerana adanya budaya yang memaklumi dan membenarkan tindakan tersebut.

"Jika budaya itu diterima,ia akan terus berkembang dan menjadi barah dalam masyarakat kita. Kita mesti wujudkan tradisi dan budaya yang menolak buli secara tegas kerana penerimaan budaya ini adalah sesuatu yang amat membimbangkan dalam negara kita.

"Kita dah bagi amaran dan nasihat. Jangan tolak ansur sama sekali kerana ia tidak berlaku secara terpisah. Ia berlaku kerana budayanya kita pertahankan. Saya nak mengulangi itu," katanya dalam ucapannya di program Temu Anwar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Beliau turut menegaskan pentingnya membina generasi yang bukan sahaja cemerlang daripada segi kepintaran dan kemahiran,tetapi juga memiliki akhlak serta nilai yang luhur.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap